Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

MEMORI SILAM

Imej
Memori silam... Zaman berangan dulu. Gitaris tak menjadi. Jadinya lain pulak. Tinggal gaya aja la situ. Kan?

Kekawan sekolah kat JB datang ziarah.

Imej
Terima kunjungan kekawan Sekolah Menengah Tasik Utara Johor Bahru. Kami 1st batch sekolah tu dulu.  He he...aku, Bandi Amuk, Joe Wings, Dato Salwa A.Rahman, beberapa lagi pun dari sekolah ni dulu. Thanks to Mohd Rauf Yahya , Nahar,dan Hj Zainudin Selamat, datang ziarah aku petang tadi. Kebetulan Noraini Hamid owner Restoran Noi JB pun ada ziarah sama. Dia batch selepas kami, datang dgn anak dan cucu dia. Yeah!. Terima kasih kunjungan ziarah kalian. Aku faham ramai lagi member sekolah yg nak datang ziarah tapi jauh, korang kat JB kan?.  In sya ALLAH nanti jumpa kat JB ke kat atau KL ke kan. Ammiinnn...terima kasih kiriman doa & juga sumbangan kalian dari kejauhan menerusi 3 kekawan kita ni. Aaminn. Semoga doanya dimakburkan dan pahala sumbangannya pula bermanfaat kepada kita semua. Semoga semua kita dimurahkan rezekiNYA. Kekalkan silaturahim kita selagi kita ada. @sekolah @alumni XTU73 @johorbahru @ziarah

Siapa punya kerja ni sila tanggung sendiri ye.

Imej
Sedang tersebar satu berita keliru pasal aku oleh sorang pelahap views & viral.  Pas tu, muncul la pulak 1 puak tak check, tak contact, tak kenal aku pun tapi share berita tu. Nakk jugakk dia pun dapat ribu-ribu tumpuan ramai ( likes/ share) masuk  ke media sosial dia. Semua tau aku memang tengah sakit, tapi bukan dah meninggal. Kan?. Aku selalu update situasi terkini aku kat semua media sosial (medsos) aku sendiri. Kat fb, ig, tiktok, youtube, blog aku ada semua tu, cuma antara versi full dgn versi ringkas aja. Kan? Tapi tau apa dia dah bikin kacau?. Ohhh.....dia cari gambar aku, letak tajuk 'Innalillah WH' (macam berita kematian) & dia post/sebar kat medsos dia. Eh aku malas nak  layan kerja bodoh macam ni. Dah tentu kalau aku cari dia tanya napa buat berita tipu orang macam ni, jawapan dia mesti..."Eh tak lah!. Kita cuma tulis situ 'Innalillah WH' . Ayat 'innalillah...' tu bukan utk orang mati aja, orang sakit pun boleh. Cuma orang Me