Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

PANAS TAK TEN TAK TU

Imej
Panas lain macam skrg ni kan?....panas yg buat kita cepat letih. Pantang ada peluang lelap kejap kat mana pun jadik!. Tghari smlm aku gi rumah anak. Sampai-sampai sana aje lepas kami salam dan tanya khabar, aku baru duduk kejap je kat sofa, tetiba....eh?!.....boleh terlelap ni!. Walhal drive ke sana 10 minit aja dah sampai kot, tapi lelapnya macam 1 jam drive. Lepas makan....lelap lagi.  Tadi pulak dah ambik wuduk, by the time tunggu masuk waktu solat..laaaa.....bolehkan terlelap kejap kat bucu katil!. Quality sleep pulak macam dah tak ujud dah skrg. Dulu aku masuk tidur jam 12 malam boleh lena sampai ke subuh besok baru terjaga. Best!. ..... .....tapi skrg, masuk tidur sama jam 12 malam, nanti lepas 1 ke 2 jam mesti terjaga.  Terjaga napa tu?. Hantu Kak Limah ada whatsapp tunggu kat luar ke apa? . Eh tak!. Terjaga samaada kepanasan kat bilik (kalau buka kipas) atau kesejukan (kalau buka air cond). Lepas adjust tu mau kena tunggu setengah jam kot cam tu baru dap

WALAU SEBENTAR AKU BERSAMA HALIL CHIK

Imej
Ada semacam karen letrik kot tiap kali bila dengar intro gitar lagu Kemesraan. Baru dengar gitarnya aja tu, belum masuk vokal pun, tapi dah tau itu lagu Kemesraan nyanyian Halil Chik. Eh siapa main gitar masa recording lagu tu dulu aa?. Bunyi gitar tu tangkap telinga terus jadi identiti yg sangat berpengaruh pada keseluruhan lagu tu. Wow!. Bagus bagus bagus Aku tak berpeluang jumpa penyanyi nya Halil Chik banyak kali. Masa hayat dia aku sempat jumpa dia 2...eh 2 ke 3?....err .....haa 2 kali aja. Sekali tu kat backstage konsert tapi sempat hi hi bye bye aja kejap sebab sama busy. Dia busy layan wartawan interbiu dia & aku pulak busy interbiu artis lain situ sebab dah interbiu Halil. Jumpa kali ke 2....haa yg ni lama, tapi....he he. Masa tu ada sidang media kat Singapura. Aku antara press yg dijemput naik bas ekspress khas dari KL ke Singapura. Masa trip balik aku duduk kerusi panjang kat belakang sekali. Tak sangka pulak rupanya Halil chik dengan seorang anak lelaki dia pun duduk ke

SANAH HELWAH 2023

Imej
Pagi Khamis 25hb Mei.. "Assalamualaikum....." ...tetiba ada rider datang rumah bawak kek birthday. Eh...siapa kasi siapa kek bday ni?. Aku baca..... .....Ohhh member fb aku NorNadia Zamhari order kek birthday, siap KFC sekali, minta rider hantar ke rumah aku. Ha ah hari tu bday aku. Lupa. Jazakillahi khayran kpd Nad & suami atas ingatan ni. Semoga ALLAH swt murahkan rezeki kalian dan sentiasa dalam rahmatnya.  Nanti free kita set jumpa ye, bawa baby comel korang tu sama. Tadi pulak....dapat satu lagi kiriman kek birthday drp seseorang. Tapi dia pesan takyah bagitau dari siapa, just terima ikhlas je. Kek kali ni join sekali utk birthday aku dgn adik aku Hafiz. Bday Hafiz selang sehari je dari bday aku (24hb Mei). Tahun aja jarak 4 tahun. So aku whatsapp Hafiz, set kita jumpa tengahari ni kat rumah anak aku Alun Nas & Farhana Nazlin kat D'Rozelle Kota Damansara & kami lunch sama sana. Ala kita-kita aja, tak buat bday party. Yg

BIRTHDAY SELANG 1 HARI JE!

Imej
Birthday aku 25hb Mei.  Eh?..... Laaaaaa.....jarak sehari je dengan adik aku Hafiz.  Birthday dia 24hb Mei.  Tapi kalau kira tahun...jauh la jugak. Jarak 4 tahun!.  He he. Orait!. Nak sampaikan ribuan terima kasih kat kalian semua yang ucapkan Happy Birthday .  Terima kasih kepada yang siap doakan yang baik-baik jugak. .   Aamiinnn yarabbal 'alamin. Semoga makbur doa kalian dan semua kita sentiasa dilindungi dengan rahmat ALLAH swt. Ha ah aku surrender tak terbalas satu persatu ucapan dan doa tu samaada kat sini ke kat medsos aku yang lain.  Kalau kumpulkan 3 account fb aku, 1 Instagram, 2 blog, termasuk beberapa Whatsapp group aku, jumlahnya cecah jadi ratusan & kadang ribuan jugak!. Memang akan jadi lambat kalau nak reply tiap satu kan?. Aku sorang je jadi tak larat. He he. Tapi...aku tetap baca dan hargai tiap satu ucapan dan doa kalian tu semua. Semua doa aku mesti aminkan.  ....sebab kita sayang sesama kita kan?.

DUGAAN ILAHI

Imej
  Sakit juga adalah antara penghapus dosa, maka redha lah, sambil berdoa agar kita sentiasa dilindungi ALLAH swt.

HANTU KAT OFIS AKU

Imej
  Eh kita cerita hantu pulak nak?. Takkan takda cerita pengalaman seram aku kat ofis Sri Pentas TV3 kan?. Oppsss!...jangan salah sangka ye!. Ni BUKAN aku nak kata Sri Pentas TV3 tu berhantu ke apa. BUKAN!. Hantu kat mana pun ada cuma dia makhluk alam lain, bukan sama alam kita. Okay. Masa aku mula kerja TV3 dulu tahun 1994 jawatan pertama aku Penolong Penerbit. Kerja aku gi shooting buat recording, balik tu buat editing video. Tiba masanya (tiap Ahad) siarkan live kat TV. Nak siapkan kerja tu memanglah pagi ke pagi. Uhhhh best!...dapat la duit overtime beb!. Aku memang amalkan selagi kerja hari tu tak siap memang tak ingat nak balik. Mau siap betul, sebab besok akan ada tugasan lain pulak kan?. Tak nak mix. Hari tu aku gi liputan satu konsert kat stadium. Habis konsert tu balik ofis dah jam 12.30 malam dah. Sampai ofis aku terus nak editing video. Aku pilih dan susun semua tape yang aku nak guna. Zaman tu recording guna beta dan digi tape recorder ye, memory card belum ujud lagi. Ofis

ROKOK?......KERJA GILA!

Imej
  Aku suka hisap rokok. 30 tahun dah aku hisap rokok aku tak pernah terfikir pun nak berhenti. Dulu sampai sekarang aku anti dadah, tapi rokok....tak rokok tak rock la kan?. Arwah mak pernah suruh berhenti, tak jalan. Zaman remaja dulu ada member pernah marah dan suruh berhenti rokok, aku chow. Bila dah dewasa dah kahwin wife aku sendiri pun pernah suruh berhenti, punnn aku selamba. Pada aku napa mesti berhenti nikmati benda yg best?. Bukan aku kacau orang pun. Betul rokok tu bahayanya begitu begini, tapi bukan kena kat semua orang kan?. Nasib la siapa yg kena, ramai juga yg okay je hisap sampai tua takda apa pun. Kan?. Pada aku takda siapa yang boleh suruh aku berhenti merokok kecuali aku sendiri yang nak berhenti. Bila?. Ntah. Zaman aku mula hisap rokok dulu kotak kecik baru 80 sen aja. Lepas tu mula naik harga...naik..naik.. naik..tak pernah turun... Naikkk aja satu hal, lagi dah takda kotak saiz kecik dah, semua 1 saiz aja 20 batang. Aku dah terasa tak berbaloi nak beli dah. Perit

BABY SHIMA KAT BAZAAR RAMADHAN KOTA DAMANSARA

Imej
  Jalan kat Bazaar Ramadhan Sek 7 Kota Damansara masa bulan puasa lepas, kat sebelah rumah aku aja seksyen 8. Selain tujuan nak exercise berjalan kaki, dapat jugalah sambil tu beli sikit juadah buka puasa, kan? Ha ah sejak Jumaat lepas aku dah tak jalan bertongkat. Alhamdulillah aku dah boleh berjalan normal dah, kecuali kalau jalan jauh ke, nak kena pergi banyak tempat ke, haa tu aku masih kena guna wheel chair sebab cepat je aku penat nanti Jalan punya jalan tetiba....Eh!....terjumpa ni ha...Baby Shima dengan manager dia. Aku nak balik diaorang baru sampai, so kami bertembung kat laluan masuk & sempat sembang kejap. Baby Shima memang duduk area sek 8 juga, dan kebetulan kampung kami pun sama kat JB. Worait bebeh, teruskan sukses ye!. Yeah! Raya balik JB tak? Aku....alamak, tak dapat balik. Korang? #babyshima #artismalaysia #artisindonesia #bazaarramadhan #kotadamansara #juadahbukapuasa #terjah