Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Aku manusia biasa

Imej
Kita semua sama. Aku pun manusia biasa juga selalunya sihat tapi sesekali tu eh alamak...sakit la pulak. Aku bukan jenis senang kena sakit. Mungkin sebab aku tak suka manjakan diri dgn penyakit kot?. Pada aku, penyakit apa pun kalau dimanjakan...memang la asyik saaakit aja nanti kan?.  Sejak kecik dulu aku jenis lawan sakit. Aku lock dalam otak aku yg aku hari-hari nak busy, aku ada banyak kerja nak buat, aku takda masa nak sakit!. Sakit kacau kerja aku. Setakat sakit biasa, pening-pening sikit ke, demam biasa ke, batuk ke tu biasa la kan. Cuma sejak kecik aku tak pernah kena sakit berat sampaikan kena masuk wad.  Tapi..... ....alamak!..... lawan punya lawan, sekali tu...tewas jugak!. Januari lepas, tercatit dlm sejarah aku...akhirnya aku jatuh sakit dan kena masuk wad!.  ALLAHU. Sakit apa?... napa?. Masa tu jam 12 malam. Biasalah waktu macam tu selalunya aku kat rumah baru siap kerja editing video. Nak masuk tidur dah ni. Tetiba...eh?...dada terasa

WARTAWAN....selamanya!!

Imej
  Minggu lepas hari Wartawan Nasional ye?... ...dan minggu ni pulak hari ulangtahun TV3 ke 38 la pulak kan?.   Eh?...macam tak perasan dah 3 tahun aku berhenti kerja TV3 lepas kerja situ straight dekat 30 tahun sebagai wartawan & produser. Lama mana aku dalam bidang kewartawanan? Ishhh takdalah lama mana pun hai. Gitu gini baaarulah dalam dekat 40 tahun cam tu, kejap aja kan?. Baby lagi, baru tumbuh gigi ha. Rasa macam tak sedar masa berjalan, dari aku wartawan stringer akhbar Berita Harian & Utusan Melayu di JB ke wartawan majalah URTV, lepas tu mara pindah KL jadi wartawan TV pulak.   Sekarang?.   Ohh zaman dah berganjak ke media sosial, dan aku masih on...wartawan Youtube sendiri la pulak. Boleh?. Tu ha Youtube channel aku 'Nas Ahmad Terjah'. Eh napa aa aku masih on?. Apa yang aku tak puas hati lagi?...apa yang aku tak dapat lagi?. Sebab kerja wartawan tu bukan aja cita-cita tapi heart & soul aku, passion aku. Aku bukan jenis apply kerja pas tu nasib baik aku dap