Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

ALI XPDC tabah dugaan.

Imej
  Dugaan demi dugaan ditempoh Ali rocker XPDC dengan redha. Pernah alami kulit tubuhnya terutama di bahagian muka terbakar ketika sedang membakar sampah di rumahnya. Kini, dia diuji lagi dengan mengalami sakit jantung. Hidayat TV, Irama, dan team Together We Care...We Are One mengunjungi Ali di rumahnya di Klang pada Rabu 29hb September lepas. Semoga Ali sekeluarga dan kita semua sentiasa dilindungi ALLAH swt.

Goreng gitar kidal dan senyuman MAN KEEDAL

Imej
Lagi pasal Man Keedal. Boleh? Aku dengan dia bukanlah member rapat sesangat level hari-hari nak call ke contact ke cam tu. Dah hari-hari aku dengan busy aku dia dengan busy dia maanalah nak rajin contact kan?. Tapi...kami memang kawan lama, dari sejak Lefthanded orang tak kenal lagi.  Era 80an masa tu Lefthanded tiap malam main kat funfair Taman Pelangi JB dan aku dengan jurukamera Jeffri Iran ada sewa booth Express Photographer kat funfair sama tu jugak. Haa itu yang hari-hari jumpa Man Keedal tu terus jadi member. Habis sebulan kat Funfair tu sambung kat Pesta Bunga kat Pantai Lido JB la pulak. So...2 bulan straight la tiap malam kami jumpa.  Habis aja 2 funfair ni...dah, kau kau aku aku. 2 bulan straight tiap malam aku jumpa Man Kedal ni satu karakter dia yang aku nampak, dia ni murah senyum. Apa-apa hal pun dia senyum je. Ada sekali tu tengah show tetiba (arwah) Man Dayak jerit marah kat dia sebab sound gitar dia kuat sangat kot sampaikan Man Dayak tak dapat dengar bunyi drum. Kena

Bangkit!. : Jangan biarkan dunia meninggalkan kau, sebelum kau meninggalkan dunia - Nas Ahmad Terjah.

"Campaklah dia kat mana pun, dia boleh hidup. Inilah orangnya".... tetiba DJ @Radio Klasik RTM El Adzahar Omar cakap macam tu kat aku. Ntah dari sudut mana dia usha aku tapi ayat tu power,  masuk dari telinga merasap terus dalam kepala aku.  Aku jadi terbisu bila dia cakap macam tu. Benar aku sentap, tak tau nak jawab apa. Sebab selama ni aku tak pernah ada masa fikir apa pun pasal tu. Yang aku tau apa aku nak buat aku hayun aja buat seikhlasnya kasi jadi, kasi level puas hati. Aku stay situ semahunya. Itu bidang aku, okay!. Tapi sebelum terlena malam tu, aku sempat renung apa aku dah lalui selama ni. Aku makin sedar maksud kata 'hijrah itu perjuangan'.  Betul kita citakan sesuatu. Dah dapat, sangat indah, hebat!, tapi...tetap kena move on teroka lain, sebab diluar kesedaran kita banyak yang lain punya nikmat keindahannya tersendiri, yg sebenarnya serasi lagi bermanfaat bukan aja kepada kita malah kepada orang keliling. Andai terlena di comfort zone, leka tepu di situ

Apa yang kacau Melodi live?

Imej
  Orait bebeh!...meh aku tambah sikit lagi cerita pengalaman dan gambar lama aku masa buat live TV gunakan O.B (Outstation Broadcast/studio bergerak) ni dulu meh. Masa tu Melodi buat live dari satu markas tentera sempena hari angkatan tentera tahun tu. Biasalah tiap Ahad Melodi live jam 12.30 tengahari kan?, so persiapannya tu krew nak tarik cable, teknisyen nak set up system, propsman nak pasang set, lightingman nak ploting lampu, semua tu dah mula seawal jam 8 pagi. Jam 11 pagi, aku dengan unit produksi Melodi dah masuk berkurung dalam O.B ni nak buat rehearsel. Host Melodi masa tu Wahid Senario dengan Fafau dah ada dah kat set. Rehearsel bermula. Semuanya okay. Aku dah check miking utk 2 host aku tu okay, audio okay, camera shot okay, script, flow programme ikut running order macam yang aku nak semuanya dah okay dah, takda problem apa pun. Rehearsel dah beres jam 11.45 cam tu. Now tinggal tunggu tepat jam 12:30 tengahari utk kami mulakan Melodi live tu. Penonton seluruh Malaysia pu