Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

B.M ke B.I mana yang susah?

Imej
Eh tak!...bukan aku nak perlekeh bahasa Melayu, tapi kadang lagi senang faham dalam bahasa Inggeris. Bila ayat dalam BI tu di translate ke BM laaagilah kita jadi berserabut nak faham. Kan?. Contoh...alat Ball Bearing bila tukar ke BM jadi 'Bebola roda besi' kot. Siapa yang faham apa tu bebola reroda besi?, Kan?. Ball bearing ramai taulah alat yang mesti ada kat semua roda utk kasi boleh pusing.   Orait!!...meh aku cerita satu nak?.  Member aku sorang ni nama...eh takyah mention nama betul dia la, nanti dia baca ni dia malu kot. Aku tulis 'Jay' aja sini. Masa tu kat bilik editing tengah fokus edit video, dia pulak duduk kerusi sebelah sibuk godeh handset dia. Nak tutup satu account Facebook dia katanya ada orang kaco. Dia tengah baca cara-cara nak tutup akaun fb dia tu. Lantak dialah kan. Aku terus edit. Tapi tu lah fb dia guna BM. Dia baca cara nak tutup tu tapi banyak ayat yg dia tak faham. Itu yang dia asyik-asyik tanya aku. Aku dah jawab...tapi lepas tu...eh tanya la