Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

ITMAL RAMADAN BERI MANFAAT

Imej
Jazakallahu khairan. Semoga  . membalas jasa kebaikan kalian.  Jumaat 21hb Mac acara IJMAIL menyantuni beberapa wargaseni, krew & wartawan yg keudzuran. Ali XPDC dan Nas jugak antara ramai penerima sumbangan ini.  Alhamdulillah Acara berlangsung di Saloma Kuala Lumpur dengan meriahnya. Semoga amalan mulia kita di Ramadahan dan Syawal tahun ini kita berpuasa bersama, ber buka puasa, solat maghrib, terawikh pun bersama, berzakat bersama menerusi Ijmail diberkati ALLAH dan berterusan selamanya.

KUNJUNGAN ZIARAH

Imej
 Jazakallahu khair. Semoga ALLAH membalas jasa kebaikan kalian. Pagi tadi Dato Ahmad Farhan setiausaha politik YAB Perdana Menteri dan  Dato Izuan Shatiri ADUN Kota Damansara  bermurah hati meluangkan masa datang singgah ziarah Nas di rumah.  Kunjungan dengan kesyukuran. Semoga kunjungan ziarah dan sumbangan ini membawa keberkatan kepada kita semua. Aamiinnn. #wartawan #sakit #jantung #ziarah #menteri

PALING SEDAP!

Imej
Dulu aku pernah ternampak gambar Rosli gitaris lagenda rock Sweet Charity jual kuih tart. Ananas Roche. Wahhhh best ni! Nak kena test ni. Tapi aku terlupa order!!!... sampaikan kehabisan. Raya tahun depannya tu pun sama. Dia promote lagi Ananas Roche  &.....alhamdulillah makin ramai suka. Tapi tu la....aku lambat order...habis dah!. Tahun ni....aku standby awal. Terus order. Kebetulan Rosli ada kat JB hantar order sana & Singapura & balik KL. Dia sempat singgah rumah aku sebab katanya memang dah lama nak ziarah aku sakit. MasyaALLAHHH....kuih tart  ANANAS ROCHEE  keluaran Rosli Mohalim meeemang A!. Sedap gila. Bukan inti nenasnya aja best ye sampaikan kuihnya pun owww...! Nikmat. Paaatutlah tiap tahun dia jual semua habis!. Kena order tiap tahun ni!  Boleh gi jauh lagi ni bro...teruskanlah.  Iya memang kalau kita buat apa pun dgn  keikhlasan,  jual pun dengan keikhlasan, insya ALLAH berkat rezekinya. Rock on bro ...

ZIARAH INSAF IRAMA ARTIS

Imej
Ayob Abd Majid presiden persatuan IRAMA Antara yg banyak kali dah bantu artis dlm banyak hal. Pasal karier, pasal personel, Visi, booleh aja.  Eh baru ni....minggu lepas.....dia datang lagi ziarah aku kat rumah utk kali ke 3 kot. Kali ni dia datang dengan presiden persatuan (ngo) INSAF Encik Ishak..... Jazakallahu khair kpd semua yg terlibat. Semoga amalan baik kita di bulan Ramadhan ini menambahkan keberkatan kepada semua.

TABAH TEMPUH DUGAAN. DOA YANG BAIK.

Imej
Dah lebih 2 tahun aku kena serangan jantung, 2 tahun tu lah jugaklah aku tahan sabar rindu nak terus kerja macam biasa. Belum okay lagi. Skrg ni kalau aku berjalan dlm 50 tapak, kena stop kejap sebab penat/mengah. Lepas 3 ke 4 minit tu baru sambung berjalan lagi. Sebab tu kena pakai kerusi roda juga kasi lancar. Tunggu punya tunggu mata aku pulak kacau. 2 bulan lepas kena buat prosidur (operate) mata buang Katarak.  Alhamdulillah dari penglihatan aku terlalu kabur tak kenal siapa, dah operate ni dapat jelas & kenal apa yg aku nampak. Maanalah tau in sya ALLAH kalau ada rezeki nanti boleh operate mata kanan pulak, so baru nampak clear . So far...boleh aja aku jalan kaki macam biasa perlahan. Aku suka tengok video Tun M jalan. Umur dia dah 100 tu, aku baru 60, tapi dia sumber inspirasi aku. Aku ikut cara dia jalan.....setapak setapak & kaedah  jalan yang lebih tengok bawah aja. Cuma Tun M tak bertongkat, aku ses...